- Back to Home »
- dilarang bawa kenderaan ke micet , fikir dahulu sebelum masuk micet , keburukan micet , masalah di unikl micet , pentadbiran micet teruk »
- Masalah 1 : Pelajar UniKL MICET Sem 1 & 2 Tak Dibenarkan Bawa Kenderaan
Posted by : UniKL MICET
Friday
![]() |
No entry !~.~ |
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,
Korang ada alami masalah seperti tajuk di atas? Cer korang kongsi sikit kat ruangan komen.
Apa yang admin ingin persoalkan di sini adakah patut peraturan sebegini dilakukan? Ni kan IPTS. Cuba listkan sikit IPT mana yang buat peraturan macam ni jugak. Bagi admin, tak sewajarnya pihak pentadbiran MICET lakukan sebegini. Sekurang-kurangnya benarkan diorang membawa motor . Jika kereta, admin pon faham tanah di MICET tak banyak. Ini tak, motor pon tak bagi. Tak habis pon parking kalau yang mahu bawa motor nak parking.
Admin meminta sekali lagi dari pihak pentadbiran MICET supaya kaji balik peraturan ni. Bayangkan nak pergi mesin ATM terdekat (Petronas Simpang Ampat) pon nak kena sewa kereta @ naik teksi @ tunggu bas MARA datang. Ini akan menyebabkan pembaziran masa dan wang untuk hal yang kecil saja. Dan lagi satu, jarak dari MICET untuk ke kedai @ pasaranya pon bukanlah dekat sangat. Mau patah pinggang hari2 jalan jauh.
Diminta pentadibiran MICET mempertimbangkan untuk membenarkan pelajar sem 1 dan 2 untuk membawa motorsikal.
Setakat ni, yang ni dulu admin nak komplen. Kalau nak cerita benda ni saja penat nak tulis wooo. Perkara yang admin nak komplen admin akan teruskan di post yang seterusnya. Sekian.