Archive for September 2013
Masalah 1 : Pelajar UniKL MICET Sem 1 & 2 Tak Dibenarkan Bawa Kenderaan
![]() |
No entry !~.~ |
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,
Korang ada alami masalah seperti tajuk di atas? Cer korang kongsi sikit kat ruangan komen.
Apa yang admin ingin persoalkan di sini adakah patut peraturan sebegini dilakukan? Ni kan IPTS. Cuba listkan sikit IPT mana yang buat peraturan macam ni jugak. Bagi admin, tak sewajarnya pihak pentadbiran MICET lakukan sebegini. Sekurang-kurangnya benarkan diorang membawa motor . Jika kereta, admin pon faham tanah di MICET tak banyak. Ini tak, motor pon tak bagi. Tak habis pon parking kalau yang mahu bawa motor nak parking.
Admin meminta sekali lagi dari pihak pentadbiran MICET supaya kaji balik peraturan ni. Bayangkan nak pergi mesin ATM terdekat (Petronas Simpang Ampat) pon nak kena sewa kereta @ naik teksi @ tunggu bas MARA datang. Ini akan menyebabkan pembaziran masa dan wang untuk hal yang kecil saja. Dan lagi satu, jarak dari MICET untuk ke kedai @ pasaranya pon bukanlah dekat sangat. Mau patah pinggang hari2 jalan jauh.
Diminta pentadibiran MICET mempertimbangkan untuk membenarkan pelajar sem 1 dan 2 untuk membawa motorsikal.
Setakat ni, yang ni dulu admin nak komplen. Kalau nak cerita benda ni saja penat nak tulis wooo. Perkara yang admin nak komplen admin akan teruskan di post yang seterusnya. Sekian.
Friday
Posted by UniKL MICET
Selamat Datang Ke UniKL MICET Alor Gajah, Melaka
Assalamualaikum..
Kepada pelajar baru, staff UniKL dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan UniKL MICET admin ucapkan selamat datang ke blog yang bakal menceritakan perihal MICET sama ada dari segi baiknya atau buruknya. Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi perihal yang baik atau buruk dengan admin di sini, sila hantarkan maklum balas anda ke unikl.micet.melaka@gmail.com. Sekian, terima kasih.